PERJALANAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA. PERJALANAN DI AKHRAT TIDAK ADA HUJUNG. PERSIAPKANLAH AKHIRATMU DEMI KEBAHAGIAANMU.






PORTRAIT DIRI

NAMA:
Um & Ab ku panggil aku adik tetapi sekarang sudah tua, jadi kamu panggil aku Zu aja. Nama aku bermaksud Tulin.

PEKERJAANKU:
Hmm.......Banyak sekali tetapi kawan2 aku kata aku in pentakbir rumah, keluarga & wang - 3 dlm satu.

DIRI AKU INI:
Kaum Hawa & seorang Za'oga & Um - juga 3 dalam satu.

KELUARGA:
Mempunyai seorang Za'og yg menyangiku & 3 Ibna & seorang Ibn yang sentiasa menghiburkanku ..... tapi ada org kata boleh pass macam single lagi ..hee.....heee....

MAKANAN KEGEMARANKU:
Wahh.... banyak sekali tetapi di pendekkan choklat adalah nombor satu ...apa jenis choklat - kek, kuih,ice-cream ......

KEGEMARAN MASA LAPANGKU:
Emm.... ini pun banyak tapi di antaranya mengomel dgn anak2 ( Um mana tidak jadi tarzan), makan (siapa ya tak suka), pergi 'window shopping' & baru2 ini mendengar & membaca Al-Quran (baru start aja).

KENANGAN YG MANIS:
Sewaktu pertama kali bertemu Za'ogku di 'swimming pool' & pertama kali menimang cahaya mata ku.






   
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Manusia inginkan kedamaian & ketenangan. Banyak usaha dibuat untuk mencapai ketenangan & kebahagian tetapi tidak juga di perolehi........ tidak melatih HATI IKHLAS kpd yang SATU


Pada Hari ini telah Aku sempunakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kpd kamu nikmatKu & telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagi kamu (Al-Maa-idah 5:3)

AL-QURAN LINK:
www.geocities.com/jemaah_iqra/
Al-Islam
Tajweed
Islamiciti.com

BLOGGER LINK:
adikcomel
basita
bobooi
charmedprue
cheeff
hotwheel35
katakami
kimpossible1
kuncup
masmerah
nonleo
nccblog
sabrinawitch
sariah
raiszain
CEPEN BLOG LINK:
Mayangsari
LanunPandai
Repen
suriram
sofia
wardah

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Friday, March 18, 2011
CINTA

Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga. Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya? Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan. Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli. Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai. Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Posted at 08:25 am by zu408
Comments (23)  

Wednesday, March 03, 2010
KEISTIMEWAAN NABI MUHAMMAD SAW

 

Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul dan kita sebagai umatnya.

1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi)

2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat Muslim)

3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan yang ringkas dan padat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat"; Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahwazi)

5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya

Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan. (Syarah Sahih Muslim)

6- Jaminan Kemenangan

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihumpankan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7- Kesedaran untuk Beramal

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Bukhari)
Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan hari kiamat. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. (Fath al-Bari)

8- Bumi Sebagai Masjid

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)

9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.
Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu. (Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)

10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Keterangan:- Syafaat Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka. (Syarah Sunan Ibn Majah)

11- Kelebihan Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat keatas nya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)
Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t. (Syarah Sahih Muslim)

12- Orang Bakhil yang Sebenar

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ." (Riwayat al-Tirmizi)
Keterangan:- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.
Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)

13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.

Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban)

Posted at 01:32 pm by zu408
Comments (22)  

Friday, January 23, 2009
AMALAN SEBELUM TIDUR

 

1. Khatamkan Al_Quran

- Qul huwallahua Ahad ......  X3 Kali

 

2. Jadikan par Nabi sebagai orang-0rang yang memberi syafaat kpd kit di hari Kiamat

- Memberi selawat

 

3. Jadikan orang-orang Ismal reda kpd mu

- Memberi istighfar untuk orang-orang beriman

 

4. Mengerjakan ibadat haji & Umrah

- Subhaanallaahi wal hamdu lillahi Wa laa ilaaha illallaahu wallahu akbar ( Maha suci Allah 7 segala puji-puji bagiNya, tiada Tuhan melaikanNya Tuhan maha Besar.

 

 


Posted at 08:02 am by zu408
Comments (16)  

Saturday, January 03, 2009
peRistiwa berSejaRah di Bulan MuHaram

 

Pada bulan ini  Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini seperti mana terdapat dalam satu hadis.

“Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.”

Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.”

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

  1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
  2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
  3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.
  5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
  6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
  7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
  8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
  9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
  10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.


Posted at 06:07 pm by zu408
Comments (14)  

Wednesday, August 06, 2008
MAlam NifSu SyaABan


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafan Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaan Mu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Solat 10 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Solat 100 rakaat dengan memberi salam selepas 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas di baca 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah


2. Membaca Yasin 3X selepas solat Maghrib

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman



3. Berpuasa pada siang hari



Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah:

• Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan RasulNya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.

Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Hikmah: Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.




Posted at 02:33 pm by zu408
Comments (10)  

Sunday, July 20, 2008
BuLan Rejab


REJAB bulan menabur benih
SYABAN bulan menyiram tanaman
RAMADAN bulan menuai
 
REJAB menyucikan badan
SYABAN menyucikan hati
RAMADAN menyucikan roh

REJAB bulan taubat
SYABAN bulan muhibah
RAMADAN dilimpah pahala amalan


Diriwayatkan bahwa Rasulullah   saw ada bersabda, Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah  akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di akhirant.

  1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari  dalam bulan ini dengan ikhlas, maka  pasti ia mendapat keredahan yang besar dari ALLAH swt
  2. Dan barang siapa berpuasa pada 27 Rejab  1428/Isra Mi'raj (Rabu,  30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
  3. Barang siapa yang berpuasa  2 hari  di bulan Rejab akan mendapat  kemuliaan di sisi ALLAH swt 
  4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari  yaitu pada  1, 2, dan 3 Rejab (4,5 dan 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900  tahun berpuasa  dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 
  5. Barang siapa berpuasa 5 hari  dalam bulan ini, insyaallah permintaannya  akan dimakbulkan Allah  swt..InsyaAllah
  6. Barang siapa berpuasa 7 hari  dalam bulan ini, maka ditutupkan 7  pintu neraka  Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 
  7. Barang siapa berpuasa 15 hari  dalam bulan ini, maka ALLAH swt  akan mengampuni dosa-dosanya  yang telah lalu dan menggantikan kesemua  kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari  puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."   

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai  yang airnya lebih manis dari  madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu  saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"   
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang   membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab  ini."



Posted at 02:55 pm by zu408
Comments (2)  

Saturday, July 19, 2008
KeJadiAn ManuSia


Walau bagaimana manusia mengkaji dan mencari, namun manusia tetap tidak akan mengenal dirinya seperti di kemukakan oleh Allah.  Dia saja yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia seperti dalam surah Al Mulk : 14


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhuk itu mengetahui (segala-galanya) sedang IA amat halus urusan tadbirnya lagi amat mendalam pengetahuannya.  Dan Dia  maha mengetahui dengang segala ciptaan..



Menurut Quran manusia dicipta oleh Allah daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani.

Proses kejadian Adam, Al Quran ada menyebutkan dicipta:

1. Daripada air

2. Daripada tanah al -Turab

3. Daripada pati tanah

4. Daripada tanah tin yang liat dan sebati

5. Daripada tanah yang panas dan berbau

6. Daripada tanah yang keras seperti tembikar

7. Daripada tanah bumi

8. Menjadikan bentuk dan rupa


Pada dasarnya unsur jasmani manusia dicipta daripada tanah.

Allah hanya akan meniupkan roh pada jasmani manusia selepas dijadikan bentuk rupanya.

Allah menjelaskan kejadian manusia adalah sebaik dan seindah kejadian iaitu keindahann dalam kedua-dua unsurnya iaitu jasmani dan rohani.  Bentuk lahir atau jasman adalah daripada ciptaan Allah.

Bagi mendapatkan keindahan rohani ia diserahkan kepada manunsia untuk membentuk diri kerohaniannya. Manusia perlu menaburkan unsur kerohaniannya ke dalam 'Acuan Allah".

Allah mencipaka kita dalam bentuk yang indah dan sempurna sejak awal kejadian kita, ini di jelaskan daln surah Al Tin : 4

Sesunggunnya kami (Allah) menciptakn manusia itu dalam sebaik-baik cara kami menjadikan sesuatu kelengkapan sesuai dengan keadaannya.




Posted at 07:18 am by zu408
Comments (3)  

Sunday, July 06, 2008
KaYa & MisKin Di zaMan RasuLuLLah



Pada zaman Rasulullah terdapat dua golongan; kaya dan miskin tapi mereka hidup bersama iring-mengiringi.

Orang-orang kaya yang mampu berlumba-lumba membuat kebajikan kerana yakin bahawa semua itu akan dinilai Allah.

Sesiapa yang melepaskan dari seorang Mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia pasti Allah akan melepaskan darinya suatu kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. - riwayat Abu Hurirah

Bagi orang-orang miskin mereka dianugerahkan empat keistimewaan:

Mereka akan berada bersama Rasulullah kerana kemiskinan merupakan perkara yang sentiasa didoakan oleh Rasullah.

Kemiskinan merupakan syiar atau lamnbang orang-orang soleh dan solehah.

Kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat kasih sayang Allah.

Kemiskinan merupakan sebab Allah anugerahkan ganjaran istimewa di akhirat.


Keisimewaan orang-orang kaya dan miskin yang bertakawa antaranya mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Bagi yang kaya rezeki itu diagih-agihkan kepada yang memerlukan. Bagi orang miskin apabila mendapat rezeki yang berlebihan dari keperluannya mereka agih-agihkan secepat mungkin.

Pada hakikatnya orang yang miskin adalah orang yang kaya kerana sumber pendapatan mereka tidak tetap tapi sentiasa bercukupan bahkan kadankala berlebihan rezekinya kerana keperluan kebendaan mereka hanyalah sedikit.



Posted at 07:09 pm by zu408
Make a comment  

Sunday, May 04, 2008
ISYARAT DARI LANGIT


Perkhabaran dari langit bermaksud wahyu  yang diturunkan merusi malaikat kepada Nabi Muhammad Saw untuk disampaikan kepada manusia.  Allah berlaku adil kepada manusia kerana tanpa perkhabaran dari langit manusia akan tercari-cari petunjuk mengenai alam , ciptaannya dan kehidupan manusia.

Allah memberitahu manusia mengenai batasan mereka. Perkhabaran dari langit bermaksud membimbing manusia menjadi hamba dan khalifah yang memahami peranan dalam mengurus diri, keluarga dan alam.

Apabila manusia menjadikan perkhabaran dari langit sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan di bumi, ia membayangkan kedekatan hubungan manusia dengan Allah sebagai pencipta dan pengurus alam ini dan seluruh isinya. Darinya petunjuk dan kebenaran dari Allah dilihat, kekuasaan daripada Allah dirasakan dan ketentuan-Nya dinikmati dan dilalui.

Dalam Surah Saba' , ayat 3 menyebut, "Tidak ada tersembunyi daripada-Nya seberat zarah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu dan yang lebih besar, melainkan dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuzh)". Allah mengetahui semua benda, yang tersembunyi apa lagi yang nyata, lebih kecil daripada atom atau lebih besar daripadanya. Kajian saintifik terkini menunjukkan ada yang lebih kecil daripada atom boleh wujud.

Surah Ar Rum, ayat 24, Allah memberi perisyaratan mengenai hujan. "Dia menurunkan hujan dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu selepas matinya. Sesungguhnya benar-benar ada tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya".

Surah Al Anbiyaa' (Nabi-nabi) ayat 30, Allah berfirman , "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Dan mengapakah mereka tidak juga beriman?"

Surah Ar Ra'd (Guruh) ayat 3, Allah berfirman, "Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan". Yang dimaksudkan 'berpasang-pasangan' ialah jantan dan betina, pahit dan manis, putih dan hitam, kecil dan besar dan sebagainya.

Surah Yasin, ayat 36, Allah menyatakan, "Maha Suci Allah yang menciptakan pasangan semuanya, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka mahupun daripada apa yang mereka tidak ketahui".

Perisyaratan daripada Allah ini terkandung sesuatu yang logik dan saintifik. Bagi manusia yang mempunyai daya renung yang tinggi akan timbul keinsafan bagaimana perkhabaran daripada langit iaitu wahyu memberikan kunci kepada manusia mengenai alam kejadian termasuk manusia.

Keupayaan akal manusia dan pancaindera adalah terbatas. Akal yang membolehkan manusia hanya alat yang terbatas fungsinya. Sedangkan alam luas tidak terbatas sifatnya. Jangkauan fikir dan kaji selidik hanya mengetahui perkara asas bagi membolehkan kehidupan berlaku.

Akal yang dijadikan alat dipandu oleh perkhabaran dari langit bakal menjadikan penerokaan manusia mengenai alam dan Penciptanya menjadi lebih kuat dan sempurna.

Kalau tidak manusia tidak dapat memahami maksud sesuatu yang nyata dan maksud sesuatu yang ghaib.

Al-Quran sebagai kunci pedoman manusia memahami alam nyata dan alam ghaib adalah penting bagi manusia kerana darinya terdapat petunjuk saintifik memahami alam, angkasa lepas, bumi dan manusia dan maksud sebenar manusia di ciptakan dan maksud sebenar rahmah dan nikmah dilimpahkan.

 



Posted at 05:11 pm by zu408
Make a comment  

Tuesday, April 29, 2008
HarTa KeKayaan


Boleh dikatakan setiap manusia di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya.  Ia adalah menjadi naluri manusia mencari kekayaan .  Ramai percaya kekayaan itu akan membawa kebahagiaan.  Namun ramai juga orang-orang yang kaya itu tidak bahagia hidupnya.

Kekayaan dalam masyarakat adalah lambang status dan juga sumber kuasa. Harta kekayaan memang hebat dan memang diperlukan. Tetapi tidak semua harta membawa kepada kebahagiaan.

Kerana itu Rasulullah SAW ada bersabda: Dunia memang indah menawan. Allah jadikan kamu Khalifah di atas dunia in. Oleh itu hendaklah kamu bersikap waspada terhadap tarikan dunia.

Manusia apabila mencintai dunia dan harta akan menjadikannya sebagai matlamat hidup.  Kecintaan kepada harta dunia akan menjadi penghalang seseorang untuk mengerjakan sesuatu perbuatan yang memberi manafaat di akhirat.

Orang yang cinta dunia dan harta akan lebih terseksa dengan harta dunia.  Ia terseksa dalam tiga kitaran hidup berikut.  Ia menderita di dunia ketika berhempas pulas bertarung dengan orang-orang yang juga mencari kekayaan dunia. Ia menderita di alam barzakh kerana harta tersebut terlepas dari genggamannya dan ia tidak lagi dapat memanafaatkannya.

Ia juga akan terseksa lagi di akhirat kerana telah menggantikan kekasih sebenar yang patut ia kasih dan sayang iaitu Allah dengan harta dunia yang sudah pun luput dan menjadi milik waris.  Pada hal tiada siapa lagi yang patut diharap dan dikasihi dalam saat-saat dalam kubur dan di akhirat selain Allah. 

Alangkah terseksanya jiwa orang ini.  Kepedihan, penyesalan dan rasa duka tidak berguna lagi. Pencita dunia akan diseksa di dalam kubur dan pada hari ia bertemu dengan Allah.

Oleh itu janganlah mengejar yang fana dan meninggalkan yang abadi. Kita patut bagun dari alam mimpi dan mengutamakan alam yang sebenarnya(akhirat).





Posted at 01:57 pm by zu408
Make a comment  

Next Page