Rezeki telah dijanji oleh Allah. Sejak kita lahir, kita lahir bersama rezeki. Rezeki telah dijamin sepanjang hayat kita. Jadi, jangan kita risau soal rezeki yang telah pun dijamin Allah. Apa yang perlu kita risaukan ialah sesuatu yang belum pasti, iaitu akhirat kita. Jadi perhatikan segenap langkah, kerja buat kita, tutur bicara kita, lintasan hati dan juga fikiran…biar ia selari dengan sunnah. Supaya akhirat kita selamat.
Kalau kita asyik risau soal rezeki sehingga bekurangan sekali tawakkal, selalunya di situ lahirlahlah perasaan hasad dengki apabila orang lain dapat, kita tak dapat. Sedangkan semua itu kurnia Allah. Apabila kita terlalu sibuk dan risau soal rezeki, selalunya rezeki akan bertambah jauh dan jauh. Kerana dunia bila dikejar ia akan lari sejauh-jauhnya.
Sedangkan bila kita meninggalkan dunia dan terus mengejar menambahkan amalan kita segala kekurangan diri… di situ rezeki yang tidak di sangka-sangka akan datang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka. Apabila kita tidak sibu-sibuk dengan dunia… waktu itu dunia akan datang mencari kita. Itulah hamba, itulah khalifah.
Posted at 04:29 pm by zu408