PERJALANAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA. PERJALANAN DI AKHRAT TIDAK ADA HUJUNG. PERSIAPKANLAH AKHIRATMU DEMI KEBAHAGIAANMU.






PORTRAIT DIRI

NAMA:
Um & Ab ku panggil aku adik tetapi sekarang sudah tua, jadi kamu panggil aku Zu aja. Nama aku bermaksud Tulin.

PEKERJAANKU:
Hmm.......Banyak sekali tetapi kawan2 aku kata aku in pentakbir rumah, keluarga & wang - 3 dlm satu.

DIRI AKU INI:
Kaum Hawa & seorang Za'oga & Um - juga 3 dalam satu.

KELUARGA:
Mempunyai seorang Za'og yg menyangiku & 3 Ibna & seorang Ibn yang sentiasa menghiburkanku ..... tapi ada org kata boleh pass macam single lagi ..hee.....heee....

MAKANAN KEGEMARANKU:
Wahh.... banyak sekali tetapi di pendekkan choklat adalah nombor satu ...apa jenis choklat - kek, kuih,ice-cream ......

KEGEMARAN MASA LAPANGKU:
Emm.... ini pun banyak tapi di antaranya mengomel dgn anak2 ( Um mana tidak jadi tarzan), makan (siapa ya tak suka), pergi 'window shopping' & baru2 ini mendengar & membaca Al-Quran (baru start aja).

KENANGAN YG MANIS:
Sewaktu pertama kali bertemu Za'ogku di 'swimming pool' & pertama kali menimang cahaya mata ku.






   
<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Manusia inginkan kedamaian & ketenangan. Banyak usaha dibuat untuk mencapai ketenangan & kebahagian tetapi tidak juga di perolehi........ tidak melatih HATI IKHLAS kpd yang SATU


Pada Hari ini telah Aku sempunakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kpd kamu nikmatKu & telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagi kamu (Al-Maa-idah 5:3)

AL-QURAN LINK:
www.geocities.com/jemaah_iqra/
Al-Islam
Tajweed
Islamiciti.com

BLOGGER LINK:
adikcomel
basita
bobooi
charmedprue
cheeff
hotwheel35
katakami
kimpossible1
kuncup
masmerah
nonleo
nccblog
sabrinawitch
sariah
raiszain
CEPEN BLOG LINK:
Mayangsari
LanunPandai
Repen
suriram
sofia
wardah

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Thursday, March 20, 2008
MAULID NABI MUHAMMAD SAW

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1428.

Posted at 01:51 pm by zu408
Make a comment  

Tuesday, March 18, 2008
MENCARI HAKIKAT DIRI


BILA DIRIKU MANCARI AKU

Perkataan aku memang selalu indah didengar.  Rasanya tidak ada perkataan seindah itu di dunia.  Perkataan tersebut mempunyai nada merdu.  Perkataan itu kadangkala masuk ke dalam kata-kata apa saja.  Hal ini menunjukkan bahawa perkataan tersebut sangat penting.

Dari perkataan-perkataan itu akan imbul suatu pertanyaan - siapkan aku? Apakah yang dimaksudkan dengan hakikat aku?

Sesungguhnya aku berusaha memegang wujuku, mencari pengertian dan menjelaskannya.  Maka aku jumpa bahawa diriku adalah wujud tanpa dasar.  Wujud yang terbuka dari dalam dan tanpa hujung.

Aku dari dalam tanpa atap dan tanpa alas.  Sesungguhnya ke dalamku berakhir pada ke dalaman.  Fikiran, perasaan, gambaran dan keinginan tidak berakhir melainkan bersambung dengan sumber yang tiada keputusan.  Aku lihat di sekeliling alam semesta ini seperti itik yang berenang di dalam air, berdayung di dalamnya dengan bulunya.  Tetapi air tidak membasahinya setiap lekat pasti terjatuh.  Seoleh-oleh ia dari unsur lain yang asing baginya.

Aku berhubungan dengan alam semesta serta terpisah darinya pada saat yang sama. Alam ikut serta membentukku sebagai tempai tinggal, tempat mencari makanan dan minuman juga berhubungan dengan yang lainnya.  Tetapi alam tidak  lekat denganku.  Alam hanyalah membangkitkan perasaanku dan menimbulkan perhatianku saja.  Hubunganku dengan alam semesta sangat bergantung kepada besar atau kecilnya perhatianku kepadanya.  Kerana apabila perhatianku telah habis aku tinggalkan alam itu.  Aku berhungan dengan alam hanya sementara maka apabila sudah habis hubunganku itu aku akan kembali kepada diriku sendiri.

Dunia ini kadankala mengujiku.  Maka dalam beberapa waktu terpengaruh olehnya.  Aku melakukan apa yang dimintanya.  Aku tunduk kepada kehendaknya sehingga aku terpedaya oleh tipu muslihatnya.  Oleh kerana itu dalam setiap langkah aku harus berhati-hati sehingga aku temukan diriku sendiri.

Posted at 07:45 pm by zu408
Make a comment  

Thursday, February 14, 2008
MENGINGATI ALLAH

Org yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, maka hati berasa tenang.

Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang yang lalai.

Mengingati Allah adalah merupakan jalan yang terbaik bagi mengubati atau merawati hati dan jiwa manusia.

Allah s.w.t memberi jaminan kepada orang-orang yang beriman iaitu sekiranya mereka bertaqwa, yakni takut kepada Allah s.w.t dengan mentaati perintah-perintahNya dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat. Nescaya Allah s.w.t akan menjadikan mereka orang-orang yang berbakat dengan ilmu pengetahuan yang dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Kalahkan manusia dengan kebaikan dan jangan kalahkan mereka dengan kejahatan

Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima yang lain iaitu masa hidupmu sebelum (datang) kematianmu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa lapangmu sebelum (dipenuhi) kesibukanmu, masa mudamu (yang kuat) sebelum tuamu dan amsa kayamu sebelum miskinmu

Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah neraka jahannam itu tempat orang yang menyombongkan diri

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam sahaja; barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya; barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya

Allah taala berfirman, laa ilaha illallah… kalamku dan aku adalah dia. Barang siapa mengucapkannya, ia pun masuk benteng Ku. Dan siapa memasuki benteng Ku, ia aman dari hukuman Ku.

Muliakanlah para ulama kerana mereka adalah pewaris para nabi. Maka siapa yang memuliakan mereka, ia pun telah memuliakan Allah dan RasulNya

Hamba-hamba yang terbaik darjatnya di sis Allah pada hari kiamat ialah orang-orang yang banyak menyebut nama Allah

Tidaklah tetap berdosa siapa yang memohon ampun, meskipun ia kembali berbuat dosa 70 kali dalam sehari

Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tak berdosa dan orang yang minta ampun atas dosanya sedang ia tetap melakukan dosa itu, maka ia seperti burung yang mengejek tuhannya

Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah memberinya kebebasan dari setiap kesusahan dan jalan keluar dari setiap kesempitan serta memberinya rezeki dari jalan yang tak di sangkanya

Barang siapa yang mengucapkan selawat untukku sekali, maka Allah memberi selawat untuknya sepuluh kali

Barang siapa mengucapkan selawat untukku dalam sehari seratus kali, maka Allah memenuhi seratus keperluannya, yang tujuh puluh di antaranya untuk akhiratnya dan tiga puluh darinya untuk dunianya

Apabila Allah mencintai satu kaum, akan dicuba olehNya dengan berbagai-bagai ujian

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya)

Tidak akan berlaku kiamat itu sehinggalah: Diambilkan ilmu iaitu dimatikan ulama-ulama. Gempa bumi sentiasa berlaku di bumi ini. Singkaynya masa di dalam sehari. Banyaknya berlaku fitnah di dalam masyarakat. Manusia berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi

Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing

Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang-orang yang baik dan anak-anak berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik

Sesiapa yang membacakan satu salawat kepadaku, nescaya Allah akan bersalawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya sepuluh darjah

Barangsiapa membaca salawat untukku pada hari Jumaat dua ratus salawat diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun

Barangsiapa membaca salawat sepuluh kali di pagi hari dan sepuluh di kala petang, maka dia akan memperolehi syafaatku di hari kiamat

Di mana sahaja kamu berada, bersalawatlah kepadaku, nescaya salawat itu sampai kepadaku

Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan

(Awasilah keadaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan dia, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan segala-galanya

Jauhilah olehmu angan-angan kerana dia adalah telaga kosong

Orang munafik itu ilmunya di lidah sedangkan orang mukmin itu ilmunya di hati

Orang yang beramal tanpa ilmu seperti keldai menarik gilingan berputar yang tidak akan meninggalkan tempatnya

Senyum simpul itu adalah tali ikatan cinta dan gundah gulana pula adalah gudang keaiban

Alangkah sempurnanya akhlak jika seseorang itu kuat tiada kekerasan baginya

Barangsiapa menutup pintunya terhadap jiran-jirannya hanya kerana bimbang atas keluarga serta harta bendanya, maka bukanlah dia seorang mukmin (dari golonganku). Dan tiadalah beriman padanya andainya sesiapa yang jirannya tidak selamat dari kejahatannya

Jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan solat

Antara lelaki dan kemusyrikan atau kekufuran adalah meninggalkan solat

Tidak ada antara hamba dan kekufuran kecuali hanyalah meninggalkan solat

Antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat

Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas hikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurniaNya

Jauhilah dirimu daripada hasad dengki kerana hasad itu memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu

Tidak ada habuan bagi seorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang dia ingat

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya

Perbanyakkanlah mengingati penghapus segala kelazatan iaitu mati

Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (susah dan senang) dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu

Aku adalah Penentu yang terbaik bagi orang yang telah menyekutukan sesuatu kepadaKu. Amal perbuatannya yang sedikit maupun yang banyak bagi yang disekutukannya, sedangkan Aku sama sekali tidak perlu padanya

Tidaklah seorang pemuda membiarkan (tanpa pembelaan) seorang tua kerana usianya kecuali Allah mentakdirkan baginya seorang yang akan memuliakannya pada usia lanjutnya

Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya (guru)

Jauhilah olehmu teman yang buruk (akhlaknya) sebab engkau akan dikenali dengannya

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah dia memuliakan tetangganya

Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kau kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat dan orang yang berjihad

Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk dalam keadaan berbaring. Mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, "Ya Allah! Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka"

 


Posted at 06:37 am by zu408
Comment (1)  

Sunday, February 10, 2008
SURGA


Surga adalah kenikmatan yang sempurna yang tidak dapat dibayangkan oleh akal manusia kerana kita tidak mampu membayankan kebesaran, keangungan dan darjat-darjatnya.

Surga adalah cahaya yang bersinar-sinar, bau harum yang semerbak, istiana yang kukoh, sungai yang airnya terus mengalir, buah-buahan yang segar, bidadari yang cantik, perhiasan yang banyak dan kehidupan yant tidak pernah terputus.Kenikmatan yang ada tidak dapat dilihat mata, didengar telinga dan tidak pernah dibayangkan oleh manusia.

Surga dalah satu tujuan yang selalu kita cari dan cita-cita yang ingin kita capai.  Ia adalah balasan terbesar yang disiapkan Allah kepada kekasihNya dan orang-orang yang taat.

Darjat surga seperti di katakan oleh Nabi mepunyai 100 darjat dan jarak antara setiap darjat hanya dapat ditempuhi selama 100 tahun. Darjat surga yang tertinggi adalah bagi Nabi, orang yang mati syahida dan penghafal Al Quran. Tetapi ada juga darjat yang rendah yang diperuntukkan bagi mukminin yang sebelumnya mengalami kehidupan di neraka akibat dosa-dosanya.

Setiap darjat memiliki kenikmatan tersendiri. Maka tingginya darjat surga semakin banyak pula jenis-jenis kenikmatan yang ada. Sebaliknya semangkin rendah darjat surga, sedikit saja kenikmatan yang diperolehi.

Ketahuilah bahawa kenikmatan Allah itu mahal, tidak dapat diperolehi hanya dengan keinginan dan angan-angan saja.  Tetapi harus diiringi dang kesungguhan dan pengorbanan.

Jadi bersungguh-sungguhlah dalam melakukan amalan perbuatan kita.




Posted at 11:52 am by zu408
Make a comment  

Tuesday, February 05, 2008
ALLAH SUBHANAHU WA TA ALA


Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta ala, kami memujiNya, mohon pertolongan-Nya dan minta ampunanNya, kamipun berlindung kepada-Nya dari kejelekan diri dan keburukan amal kami.

Barangsiapa yang Allah Subhanahu wa Taallah berikan petunjuk kepadanya, niscaya tak ada seorangpun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang telah Allah Subhanahu wa Taallah sesatkan, niscaya tak akan ada seorangpun yang dapat memberikan petunjuk kepadanya.

Dan saya bersaksi bahwa tiada Allah yang berhak untuk disembah melainkan Allah Subhanahu wa Taallah semata tiada sekutu bagiNya, dan saya berkasi bahwa Muhammad adalah seorang hamba dan utusanNya Dan saya bersaksi bahwa tiada Allah yang berhak untuk disembah melainkan Allah Subhanahu wa Taallah semata tiada sekutu bagiNya, dan saya berkasi bahwa Muhammad adalah seorang hamba dan utusan-Nya. Dan saya bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak untuk disembah melainkan Allah Subhanahu wa Taallah semata tiada sekutu bagiNya, dan saya berkasi bahwa Muhammad adalah seorang hamba dan utusanNya.

Selanjutnya, pada dasarnya adanya pergantian malam dan siang, bulan serta tahun terdapat hikmah dan pelajaran yang agung bagi setiap orang yang mau berfikir. Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman, artinya:

"Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan." (QS. an-Nur: 44)



Posted at 05:53 pm by zu408
Make a comment  

Sunday, January 27, 2008
MENGINGATI ALLAH








Posted at 08:54 pm by zu408
Make a comment  

Thursday, January 24, 2008
AKU DAN JIWAKU

Aku dan Jiwaku .....................


Jiwaku berkata padaku dan mengata bahwa cinta itu tidak hanya, menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai.

Jiwaku menasihatiku dan mengajariku agar melihat kecantikan yang ada disebalik bentuk dan rupa.

Jiwaku memintaku untuk melihat semua yang buruk dengan tabah hinggalah nampak keelokannya.

Jiwaku menasihatiku dan menegurku agar menghargai waktu dengan mengatakan " ada hari kemarin dan ada hari esok".

Demi masa sesungguhnya manusia dalam keadaan kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dengan amalan soleh.
Dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran
Dan nasihat menasihati dalam kesabaran.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku
Agar tidak merasa mulia kerana pujian
Dan agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian.
Sampai hari ini aku sangsi akan harga pekerjaanku,
Tapi sekarang aku belajar:

Jiwaku menasihatiku dan meyakinkanku
Bahawa aku tak lebih tinggi ataupun tak lebih rendah. Sebelumnya aku melihat manusia ada dua:

Satu: Seorang yang lemah yang kucaci dan kukasihani

Dua: Seorang yang kutakuti yang kuikuti, maupun yang kulawan dengan meberontakan.

Tapi sekarang aku tahu bahwa aku dijadikan dari tanah yang sama dari mana semua manusia diciptakan.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku:
Bahwa aku adalah debu dimata Allah
Bahwa aku adalah lemah dimataNYA
Bahwa aku miskin dibanding kerajaan NYA
Tiada aku boleh merasa besar kecuali oleh NYA
Kesombongan itu hanya milikNYA
Dan semua yang berlangsung adalah iradatNYA
Tapi pernahkan kita pernah sungguh-sungguh memikirkannya?

Tercipta kita olehnya, Tanpa kita sedar, Tanpa kita tahu

Dan kita harus jaga apa yang ada dalam kita dan kita adalah penjaga yang sama baiknya seperti banyak kukatakan ini.

Ingatlah jadikana sisa hidup kita menjadi kehidupan yang penuh erti dan bermanfaat dan pintu hati kita terbuka untuk menerima kenyataan.

Ketika kita memilih tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dijadikan. 
Allah sudah membuka mata kita dangan membuka hati kita.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kita pergi atau berada ... Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di samping kita.


Posted at 12:48 pm by zu408
Make a comment  

Wednesday, January 16, 2008
MENGUATKAN ROHANI


Banyak orang berusaha menguatkan dirinya dari penyakit namum bagaimana usaha seseorang menguatkan diri dari ganguan penyakit rohani dan ganguan syaitan yang pada umumnaya jarang disuahakan.  Padahal ia tidaklah kalah pentingnya bahkan terlebih penting daripada menguatkan jasmani.

Kita harus membentengkan diri dari serangan penyakit rohani dengan sifat-sifat yang baik. Jika kita tanguh mempertahankan rohani bererti kekebalan kita dari ganguan penyakit hati akan lemah dan pengaruh syaitan akan kuat. Jika fisikal memerlukan makanan secara teratur maka demikian juglah rohani memerlukan santapan.  Dan bila santapan rohani itu diberikan, diperdengarkan ayat-ayat Al Quran maka tenteram dan tenanglah jiwa itu ...  Kalbu seseorang insan itu amat membuntukan santapan.

Kekuatan jiwa dari ganguan syaitan juga dapat diperolehi melalui zikir kerana ia dapat menghalangi kita dari kelalaian dan kemungkaran.  Dengan mengingati Allah yang lebih besar dan Allah yang mengetahui apa yang kita  kerjakan, Allah nescaya memelihara kita.


Posted at 11:35 am by zu408
Make a comment  

Monday, January 07, 2008
Fadilat membaca Al Quran


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan
kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat".

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah.
Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu
adalahbenar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.


Posted at 11:54 am by zu408
Make a comment  

Tuesday, December 25, 2007
ZIKIR MENGINGAT ALLAH DALAM HATI

Zikir mengingat Allah dalam hati dan menyebut namanya pada lisan berdarasarkan perintah Allah dalam Al Quran.

Zikir-zikir tersebut antaranya: tasbih (subhanallah), (Laa llaaha llallaah), tahmid alhamdulillah), takbir (Allahu Akbar), hasbalah (hasbiyallah), basmalah (bismillahir rahmaanir rahiim), tilawatu quran dan lain-lain lagi seperti diajarkan dalam Al Quran dan dicontohkan SAW.

Sesungguhnya Akulah Allah; tidada Tuhan melainkan Daku, oleh itu sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang buat mengingatKu. -  Taha : 14

Hai segala mereka yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan tasbihlah olehmu tiap pagi dan petang. - Al Ahzab : 41-42

Keutamaan dan keistimewaan yang diperolehi dari zikir membuahkan keuntungan dan kebahagiaan. Demikian tinggi nilainya zikir sehingga dipandan lebih mulia daripada barang-barang apapun, bahkan menduduki martabat tersendiri di atas amalan-amalan lainnya, seperti dinyatakan oleh Rasulullah saw:

Kalau aku membaca: Subhanallah walhamdu-lillah wa laa ilaaha Illallah wallahu akbar, maka bacaan itu lebih aku gemari daripada mendapatkan kekayaan sebanyak apa yang berada di bawah sorot matahari (Riwayat Muslim).

Zikir juga bererti  ingat kepada kekuasaan Allah dengan rangkaian dan renungan (tafakkur) di mana hati dan otak sama-sama bekerja simultan.

Orang-orang yang bezikir kepada Allah sambil berzikir, duduk atau berbaring dan memikirkan tentan kejadian-kejadian langit dan bumi (sambil bekata) : Hai Tuhan kami, Maha Suci Engkau kerana itu peliharalah kami dari siksa neraka.
 - Ali-Imran : 191

Orang-orang yang berzikir semangkin dekat dengan Tuhan. Siapa yang lupa kepada Tuhan, maka Tuhan pun akan mejauhkan dia dari rahmatNya.

Satu nikmat yang dapat dirasakan  oleh orang-orang yang berzikir dengan tekun ialah ketenangan batin dan ketenteraman jiwa  (sakinah). Setiap kalimat zikir merupakan satu langkah  dan peningkatan untuk memperolehi darjat yang mulia di sisi Allah.

Laki-laki dan perempuan yang banyak zikir kepada Allah , Allah sediakan kepada mereka keampunan dan ganjaran yang besar.  Al Ahzab : 35

Barangsiapa yang mengucapkan Subhaanallahi Wabihamdihi setiap hari seratus kali nescaya digugurkan dosa-dosanya walaupun sebesar lautan. (Muttafaq alaih)

Siapa yang bertasbih setiap selesai solat 33 kali dan bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali dan untuk mencukupkan seratu ucaplah Laa llaaha lllallaahu Wahdahu Laa Syarikalahu, Lahul Mulku wa Lahul Hamdu wa Huwa alaa Kulli Sai'in Qadir, nescaya diampunkan dosanya. (Riwayat Muslim)

Saad bin Abu Waqqash meriwayatkan. Ketika kami duduk di sisi Nabi, tiba-tiba Nabi bersabda: Apakah seseorang daripada kamu lemah, tidak sanggup menghasilkan 1000 kebaikan setiap hari? Maka bertanyalah salah seorang: Bagaimana caranya mencapai keuntungan 1000 kebaikan itu. Jawab Nabi; Membaca tasbih (subhanallah) 100 kali maka tercatat untuknya 1000 kelebihan atau dihapuskan daripadanya 1000 kesalahan. (Riwayat Muslim)


Posted at 09:52 am by zu408
Make a comment  

Previous Page Next Page